KEMBARA CINTA DIBUMI ANBIYA'

2007...AKU MENINGGALKAN DUNIAKU JAUH KE BELAKANG HANYA SEMATA-MATA BERMUSAFIR TENTANG KEMBARA CINTA DI BUMI ANBIYA'

KEMBALI KERAHMATULLAH SEORANG LAGI ANAK ADAM

Assalamualikum n salam sejahtera pada rakan2 budiman...salam utk junjungan besar yg sentiasa dirindui MUHAMMAD SAW... mudah2an kita masih diberi kesempatan, ruang & waktu utk bermuhasabah diri seterusnya bertaubat kepadaNYA agar rahmat ALLAH SWT sentiasa mengiringi kiter.


Semalam tiba2 aku mendapat call dari bekas pelajarku mengkabarkan tentang kembalinya kerahmatullah..."nurmualimah telah meninggalkan kita semua cik..." aku terkedu dihujung talian...hilang segala kata2...2 thn lepas aku masih ingat allayarmahah ini mengadu kpdku ketika aku melawatnyer dihospital muar..."cik, alim nk balik study...alim tk mau tinggal cni...alim nk balik belajar dgn kawan2 alim..." sambil mengalirkan air mata, aku menasihatinyer...memberinyer semangat utk terus hidup...tapi semalam Allah lebih sayangkan dia...dia telah kembali kpdNYA tepat pukul 11 pg, 9 nov 2009...al Fatehah utk allayarhamah...alim tdk sempat menyempurnakan sijil kolej komuniti, kementerian pengajian tinggi malaysia lantaran doktor mengesahkan dia mengidap lukeimia...

Takziah buat keluarga allahyarhamah...

SELAMAT KEMBALI KE BLOGMU BABYKHALIFAH

Salam semua...dioakan agar kalian semua sentiasa dirahmati ALLAH SWT...salam utk junjungan besar MUHAMMAD SAW yg dirindui...

uhuhuk2...ermmm sedihnyer ati ku...lama bebenar aku mengabaikan coretan rasa di blog nie...maklumla bz mcm PM pulakk...idakler...aku cumer hamba biaser2 ajer...dianugerahi pancaindera yg cukup dan sempurna...masyaAllah syukran pdMU yg ESA menganugerahi nikmat ini...bole idup dan merasai pahit manis kehidupan...sekian kali aku mohon maaf pd diri sendiri kerana tdk bijak menyusun masa hingga terabai apa yg telah aku rencanakan ini...tapi betul kata punjangga kreatif...aku minat menulis tp tk tau nk tulis...ermmm...apapun aku cumer insan kerdil di dunia mutakhir ini...selalu rajuk...rajuk pada sapa?...pada anak?...anak mata...anak kucing...anak rambut?...depa tak tau bicara manusia cam kiter...rajuk pada suami?...eh..aku kan single lagi available...pada abg long aku...pd wife dia?...idakler...doakan depa dpt menimang zuriat soleh/solehah secepat mungkin...pada mak n ayah aku agaknyer?...pun tdk...YA ALLAH...rahmati kedua ibu bapaku ini...limpahruahkanla rezeki mereke...berila mereka kesihatan yg baik...jemputla mereka kembali ke BaitullahMU...jgnla ENGKAU jarakkan masa krn mereka ini juga merindui BaitullahMU...

Ya Allah...jemputla juga muslimin muslimat seluruh dunia menjejakkan kaki ke BaitullahMU...jgnlah ENGKAU jauhkan rahmatMU pd kami semua...ampunila kami yg faqir ini...

rajuk pada saudara2ku yg diluar sana...

JEMPUTAN YANG TIDAK TERDUGA

Assalamualikum WBT kepada semua yang dirahmati Allah SWT...

Tanggal 7 September 2007, sy dikejutkan dgn panggilan telefon dr Tabung Haji...mengabarkan berita gembira bahawa rayuan sy utk mengerjakan haji telah diterima...waktu itu sy di fraser hill krn terlibat dgn kursus pembangunan staf.

MasyaAllah...bagai nk gugur air mata bila dikhabarkan jemputan istimewa itu. Masakan tidak...sebenarnya tdk ada perancangan utk ke tanah suci pd seawal usia ini...berasa malu kpd Allah krn sudi menjemput hambaNya yg faqir ini...

Pada thn 2004, kedua ibu bapa tercinta tlh mendaftar di tabung haji bagi menunaikan hasrat utk mengerjakan rukun Islam ke 5 itu...sepatutnya mereka berangkat pd thn 2006 krn wang telah mencukupi...namun Allah Maha Besar...manusia mampu merancang ..yg menentukan adalah Allah jua...Bagaimana Allah merancang sesuatu yg baik utk hamba-hambaNya...

Status "STANDBY" dr TH kpd ibu bapa menyebabkan mereka berasa sedih tidak dpt mengerjakan haji pada thn 2006...ini ditambah lg, rakan-rakan mereka yg mendaftar pd thn yg sama telah diterima mengerjakan haji pada thn tersebut...sy cuba menenangkan ibu yang kelihatan agak sedih drpd ayah...

Pd awal thn 2007, sy bersungguh-sungguh membuat surat rayuan bagi membolehkan kedua-ibu bapa terpilih menunaikan haji pada penghujung thn 2007 ini...Disinilah bermulanya episod baru dlm kehidupan sy...

Nak tau apakah episodnya...tungggggguuuuuu dilain episod!

Salam:
Khalifah

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum WBT

apa kabar wahai semua saudaraku...mudah-mudahan kita dilimpahi rahmat dan kaseh sayang dari Allah SWT...kepada yang setia melawat laman ini, terima kaseh yang tidak terhingga saya ucapkan...mudah-mudahan kita boleh bertukar-tukar pandangan melalui ruangan chat yang tersedia di laman ini...

oh ya...agak lama saya tidak update dan 'jenguk' laman ini lantaran kekangan waktu yang melanda...lagi pula saya sedang berkursus di selatan tanah air selama 3 minggu...insyaAllah akan kembali berkerja seperti biasa pada 12hb Januari ini.

masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada pembaca laman ini...mudah-mudahan tahun baru ini lebih membawa keberkatan kepada kita dalam menjalani kehidupan yang semakin mendesak dan mencabar ini...semoga tahun 1430 H ini akan menyaksikan peningkatan amal ibadah kita kepada Allah SWT...semoga kita tidak terpengaruh dengan segala macam perkara yang memabukkan...semoga kita diberi kekuatan untuk menepis godaan dunia yang sangat cantek dengan segala hiasan ini...namun hanya untuk SEMENTARA sahaja...alangkah ruginya kita mengejar keseronokan yang bersifat sementara ini...jadi marilah kita sama-sama semak dan muhasabah diri kita...

pesanan ini saya tujukan buat diri saya dan sahabat-sahabat semua.

salam maal hijrah
khalifah

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR SAHABATKU

Assalamualikum wbt...semoga kita semua boleh senyum & ketawa walaupun ada masalah yang melanda...selagi anak Adam bernyawa...masalah tidak akan pernah berhenti...cuma ia bergantung pada kondisi masalah itu. Bagi yang berhadapan dengan masalah berat atau kecil cubalah cari jalan penyelesaian...kalau tidak pun ambil lah wudhuk dan solatlah sunat 2 rakaat...mudah-mudahan solat akan membawa ketenangan pada diri kita. Bagaimanapun bagi yang berkemampuan...dianjurkan pergilah berziarah & beribadah di tanah suci...pasti akan merasai ketenangan yang tidak boleh didapati di mana-mana...walaupun di paris (kota cinta) ataupun di pulau langkawi (pulau honeymoon).

Bercakap mengenai tanah suci...saya sebenarnya menanti kepulangan salah seorang sahabat baik saya...kak norini yang akan pulang dari tanah suci pada 17hb ni dan dijangka tiba pukul 10 malam. Mudah-mudahan beliau bersama suaminya dan juga jemaah haji Malaysia serta umat Islam diseluruh dunia kembali dengan selamat dan memperolehi haji yang mabrur.

Tahniah saya ucapkan kepada seluruh haji dan hajjah...

Salam
Khalifah

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

Assalamualaikum wbt kepada semua. Semoga semua berada dalam pelihara dan rahmat Allah SWT. Hari ini 15hb, kt pertama akan membawa pulang jemaah haji malaysia...setelah berada lebih kurang 45 hari di tanah suci kini tiba masanyer jemaah kembali ke tanah air. Semoga dikurniakan haji yg mabrur buat semua...kepada keluarga jemaah haji malaysia yg meninggal dunia di tanah suci (lbh kurang 38 org-setakat hari ini), sy ucapkan takziah kpd mereka. Alhamdulillah mereka adalah hamba2 Allah yg trpilih jasadnyer disemadikan ditanah suci Mekah & Madinah.

SEKILAS PANDANG DARI PENULIS/PENCIPTA BLOG

Assalamualikum w.b.t...blog nie masih dalam proses pembinaan lagi..banyak benda yg saya perlu belajar utk lengkapkan blog ini dan ada juga benda-benda yg ingin sy kongsikan bersama dgn pelawat laman KEMBARA CINTA DI BUMI ANBIYA' ini. Terima kasih kerana sudi baca dan lihat. Terima kasih kepada rakan-rakan satu opis...wida dan firdaus yg tolong editkan laman ini. Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian.

Antara momen menarik dan terlalu istimewa yg sy ingin kongsikan bersama pembaca adalah pengalaman yg cukup mahal dan tiada banding adalah ketika mengerjakan fardhu haji bersama kedua ibu bapa tercinta.

Baiklah utk selingan sy selitkan video menarik yg boleh dilihat dan dgr bersama...

Salam...
Khalifah
video